Ciri-ciri mekanikal berkaitan dengan biologi Asid_deoksiribonukleik

Ikatan hidrogen antara untaian heliks berkembar cukup lemah sehinggakan ia dapat diuraikan dengan mudah oleh enzim. Enzim dikenali sebagai helicase mengurai untaian-untaian DNA untuk memudahkan kemajuan enzim pembaca urutan seperti Polimerase DNA. Uraian ikatan memerlukan enzim helicase untuk membelah secara kimia tulang belakang fosfat salah satu untaian agar ia dapat berpusing mengelilingi yang lain. Untaian juga dapat diuraikan dengan pemanasan perlahan, seperti digunakan dalam prosedur tindakbalas rantai polimerase, bergantung ia mempunyai kurang daripada 10,000 pasangan bes ((10 pasangan kilobes (kilobase pairs), atau 10 kbp). Pembelitan untaian DNA menyebabkan bahagian panjang sukar dipisahkan.

Apabila hujung untaian DNA heliks berkembar bersambung membentuk bulatan, seperti dalam DNA plasmid, untaian adalah kusut topologi. Ini bererti ia tidak dapat dipisahkan melalui pemanasan perlahan sahaja atau sebarang proses yang tidak membabitkan memutuskan untaian. Tugas menguraikan untaian DNA bersambung secara topologi dilakukan oleh enzim yang dikenali sebagai topoisomerase. Sesetengah enzim menguraikan bulatan DNA dengan membelah dua untaian agar segmen untaian berkembar yang lain dapat lalu. Penguraian diperlukan untuk penyalinan bulatan DNA dan juga untuk pelbagai jenis gabungan dalam DNA lurus.


Model pengisi ruang seksion molekul DNA

Heliks DNA boleh membentuk satu dari tiga jenis geometri yang berlainan sedikit, yang mana bentuk "B" digambarkan oleh James D. Watson dan Francis Crick dipercayai didapati secara meluas di dalam sel. Ia adalah selebar 2 nanometer dan mengunjur 3.4 nanometer setiap 10 bp urutan. Ini juga merupakan anggaran panjang urutan dalam mana heliks membuat satu pusingan di sekeliling teras (axis). Kekerapan pusingan ini (dikenali sebagai nada heliks (helical pitch)) bergantung kepada tenaga tindih (stacking forces) yang setiap asas kenakan pada jirannya dalam rantaian DNA.

Kesempitan heliks berkembar menjadikannya mustahil untuk dikesan melalui mikroskop elektron biasa, kecuali melalui pewarna pekat. Pada masa yang sama, DNA di kebanyakan sel boleh jadi sepanjang makroskopik (macroscopic) -- anggaran 5 sentimeter panjang untuk untaian dalam kromosom manusia. Oleh itu, sel mestilah memampatkan atau membungkus DNA untuk dibawa bersama. Ini adalah salah satu fungsi kromosom, yang mengandungi protein berbentuk gelung yang dikenali sebagai protein histone, yang mana DNA bergelung disekelilingnya.

Rujukan

WikiPedia: Asid_deoksiribonukleik http://directory.google.com/Top/Science/Biology/Bi... http://www.myfirstbookaboutdna.com http://www.nature.com/nature/dna50/watsoncrick.pdf http://biocrs.biomed.brown.edu/Books/Chapters/Ch%2... http://adsabs.harvard.edu/abs/1953Natur.171..737W http://adsabs.harvard.edu/abs/2015NatCo...6E8440I //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1360284 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4608029 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/13054692 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16449200